KUCAI
Nama Saintifik: Allium tuberosum
Keluarga: Alliaceae
Nama biasa: Kucai, Chinese chives, Jiǔcài (韭菜).
Pengenalan.
Kucai adalah sejenis tanaman saka. Daunnya rata, boleh mencecah panjang sehingga 38cm. Manakala diameter daun beranggaran 0.8cm. Ianya mempunyai jenis akar serabut. Terdapat 2 cara untuk membiak kucai iaitu melalui rizom dan juga biji benih. Kucai mengandungi vitamin B, C dan karotin. Dari segi khasiat, kucai dapat mengubati penyakit senggugut, keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Penanaman Kucai.
Malaysia
mempunyai iklim tropika iaitu pancaran matahari di antara 12 hingga 13
jam sehari menyebabkan kucai agak sukar untuk mengeluarkan biji
benihnya. Ini kerana kucai memerlukan pancaran matahari melebihi 13 jam
sehari selama beberapa minggu untuk berbunga dan kemudian menghasilkan
biji benih. Dengan kata lain, pembiakan kucai adalah lebih praktikal
dengan menggunakan rizom dan bukannya biji benih. Lagipun, memang
secara komersial di Malaysia kucai ditanam menggunakan rizom dan
bukannya biji benih.Keperluan Asas.Kucai memerlukan cahaya matahari penuh untuk hidup. Ini bermakna kucai tidak sesuai ditanam di kawasan yang redup. Jika tidak kada pertumbuhannya akan terbantut.
Suhu yang optimum bagi kucai ialah 20°C (tanah tinggi) dan 25-27°C (tanah rendah).
Selain itu, kucai tumbuh subur di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik dan kaya dengan bahan organik. pH tanah yang sesuai untuk kucai adalah di antara 4.5 hingga 6.5.
Semaian
Kucai yang ditanam terus menggunakan batang rizom. Satu rumpun kucai mempunyai 3 rizom untuk penanaman yang optimum. Kedalaman adalah di antara 2 cm hingga 3 cm.
Kucai ditanam menggunakan rhizom. Sesuai 3 rhizom untuk satu lubang.
Jarak
tanaman kucai boleh disesuaikan mengikut kawasan. Bagi projek yang
telah aku lakukan, jarak 10 cm antara baris dan 10 cm antara pokok
boleh digunakan.Amalan Kultura
Pembajaan
Baja: NPK Hijau (15:15:15)
Kadar baja yang disyorkan: 100 kg unsur N / ha
Pengiraan kadar baja,
15 kg unsur N dalam 100 kg NPK hijau
maka, (100 kg unsur N / 15) x 100 = 666.67 kg NPK hijau / ha
Ini bermakna jika luas batas ialah 1 m²,
666.67 / 10,000 m² = 67 g / m²
Pembajaan dilakukan semasa penanaman dan juga selepas penuaian.
Sistem pembajaan: Perparitan - Satu alur parit dibuat di sebelah kucai. Kemudian baja ditabur dalam parit itu. Setelah itu ianya dikambus bagi memastikan baja tidak larut dibawa hujan.
Pengairan
Kucai tidak begitu cerewet dari segi penyiraman. 2 kali penyiraman, pagi dan petang sudah memadai.
Baja: NPK Hijau (15:15:15)
Kadar baja yang disyorkan: 100 kg unsur N / ha
Pengiraan kadar baja,
15 kg unsur N dalam 100 kg NPK hijau
maka, (100 kg unsur N / 15) x 100 = 666.67 kg NPK hijau / ha
Ini bermakna jika luas batas ialah 1 m²,
666.67 / 10,000 m² = 67 g / m²
Pembajaan dilakukan semasa penanaman dan juga selepas penuaian.
Sistem pembajaan: Perparitan - Satu alur parit dibuat di sebelah kucai. Kemudian baja ditabur dalam parit itu. Setelah itu ianya dikambus bagi memastikan baja tidak larut dibawa hujan.
Pengairan
Kucai tidak begitu cerewet dari segi penyiraman. 2 kali penyiraman, pagi dan petang sudah memadai.
Kucai jarang diserang penyakit mahupun perosak. Tetapi ianya akan menunjukkan tanda-tanda kerosakan apabila satu rumpun melebihi 12 rizom. Apabila ini berlaku satu rumpun itu perlulah dikurangkan sehingga tinggal 3 rizom sahaja.
Fungsi lain Kucai
Sebagai tanaman penghalau.
Penuaian
Penuaian kali pertama adalah pada 12 minggu selepas penanaman.
Cara: Potong daun 2-3cm dari tanah. Biarkan rizom dalam tanah.
Manakala penuaian kali kedua dan seterusnya adalah 12 minggu selepas setiap penuaian.
Selepas penuaian dilakukan, baja perlulah diletakkan bagi memastikan kucai sentiasa berada dalam keadaan subur.
Kalau kucai nak tanam di rumah pula?
Senang sahaja. Tanam dalam pasu yang bersesuaian. Pasu tersebut tak perlulah tinggi tapi yang penting ianya lebar. Jarak pula boleh lah antara 5 – 10 cm. Penyiraman perlu dilakukan 2 kali sehari. Pembajaan pula perlu dilakukan sebulan sekali. Guna baja untuk sayur iaitu NPK hijau [15:15:15] (boleh didapati di nurseri ataupun pasar raya besar seperti Giant.). Boleh lah baja mengikut arahan pada paket baja.
nanti acik tambah lg pokok-pokok lain na...
SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment